Menu
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia Kebangkitan di Sukan SEA 2009 dan 2011Pada Julai 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan sebagai jurulatih baru bagi pasukan Malaysia B-23. Di bawah pengurusan beliau, Malaysia telah layak ke separuh akhir di dalam Sukan SEA 2009 selepas menjadi naib juara kumpulan A dengan hanya satu mata di belakang juara kumpulan, Vietnam. Malaysia kemudiannya menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, sebelum bertemu Vietnam kembali dan menewaskan mereka 1-0 di perlawanan akhir dengan jaringan gol sendiri oleh Mai Xuan Hop pada minit ke-85. Ini ialah pingat SEA kelima dan juga kejayaan besar pertama bagi pasukan B-23 di bawah Datuk K. Rajagopal yang juga mengetuai Malaysia untuk layak ke pusingan kedua di Bola sepak di Sukan Asia 2010 sebagai salah satu empat pasukan tempat tiga terbaik selepas satu jurang 32 tahun.[3][4]
Pada tahun 2011, pasukan ini dikendalikan pula oleh Ong Kim Swee. Kemudian Ong Kim Swee menyusun dua perlawanan persahabatan menentang Thailand dan Singapura di dalam satu persediaan kelayakan Olimpik 2012. Selepas itu Malaysia menang tipis 2-1 kepada Thailand tetapi menang 2-0 ke atas Singapura.[6][7]
Akhirnya Malaysia mara ke separuh akhir Sukan Asia Tenggara 2011 di tempat teratas kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia dengan 1-0. Kemudian, Malaysia juga menewaskan Myanmar 1-0 di dalam separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir. Di dalam perlawanan akhir, mereka bertemu dengan Indonesia semula dan mencatat seri 1-1 hingga ke akhir masa tambahan, menyebabkan keputusan ditentukan kepada sepakan penalti yang memberikan Malaysia kemenangan 4-3. Ini juga menjadikan kemenangan pingat sukan SEA keenam diketuai oleh Ong Kim Swee selepas kejayaan pada tahun 2009.
Menu
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia Kebangkitan di Sukan SEA 2009 dan 2011Berkaitan
Pasukan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia Pasukan Gerakan Khas Pasukan Khas Laut Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Malaysia Pasukan Gerakan Am Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Pasukan bola sepak kebangsaan JepunRujukan
WikiPedia: Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia http://mnftfc.blogspot.com/2011/01/u23-malaysia-2-... http://www.fifa.com/en/mens/fixtures/index/0,3721,... http://www.fifa.com/en/mens/results/resultsdetails... http://www.fifa.com/en/organisation/confederations... http://www.harimaumuda.com/2011/01/malaysia-1-thai... http://www.rsssf.com/tablesm/malay97.html http://www.wsn.com/2009/12/17/football/news/asia/s... http://rdfc.com.ne.kr/int/jpn-u23-intres.html http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2010/... http://www.fam.org.my